Buku Vaksin Untuk Bayi Anda: Mitos vs Realiti

RM 18.00

Author 
Dr Suhazeli Abdullah

Available on back-order

Backorder terms

All backordered items will be in stock in 1-5 days.
Otherwise will be informed.

Wrap as a Gift

Check this option only once if you buy multiple products

Description

Isu vaksin adalah seputar isu yang agak hangat dibincangkan semula dewasa ini. Terdapat beberapa sebaran melalui media sosial dan medium alternatif yang memberikan gambaran negatif terhadap a suntikan vaksin kepada kanak-kanak seperti yang diamalkan oleh negara kita, juga pelbagai negara lain dewasa ini.
Gambaran negatif yang diberikan ialah dengan cara membesar-besarkan kesan sampingan yang mungkin wujud terhadap suntikan vaksin tersebut serta menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan hasil daripada suntikan vaksin tersebut. Gambaran negatif juga diwarwarkan dengan memberikan maklumat yang tidak seimbang dengan mengatakan bahawa kanak-kanak yang tidak diberi suntikan vaksin boleh menjadi lebih sihat daripada kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin. Begitu juga terdapat dari kalangan mereka menempelkan hukum agama dengan mempertikaikan status kehalalan vaksin  tersebut dan penekanan betapa daging yang terbina daripada sumber yang haram akan dimamah oleh api neraka.
Tulisan ini dikemukakan bagi menjernihkan beberapa kekeliruan masyarakat berkaitan vaksinasi/imunisasi kanak-kanak. Penulis bukan berniat menjatuhkan mana-mana persatuan atau individu yang menentang keras pemberian vaksin kepada anak-anak mereka atau ahli keluarga mereka. Sebenarnya mereka mungkin tidak tahu mengenai kepentingan vaksinasi ini.

Additional information

Weight 0.22 kg
ISBN 13

Publisher

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Vaksin Untuk Bayi Anda: Mitos vs Realiti”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...